Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter menggegarkan perairan barat Aceh pada Ahad, lapor Xinhua memetik Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG). Foto www.bmkg.go.id (FB)

Gempa bumi 5.2 skala richter gegarkan Aceh, tiada amaran tsunami dikeluarkan

ByBernama

JAKARTA, 30 Mac: Gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter menggegarkan perairan barat Aceh pada Ahad, lapor Xinhua memetik Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG).

BMKG pada awalnya menganggarkan magnitud pada 5.4 sebelum menyemak semula kepada 5.2.

Gegaran berlaku pada 9.58 pagi waktu Jakarta (0258 GMT), dengan pusat gempa terletak 16 kilometer (km) timur laut Banda Aceh pada kedalaman 12 km di bawah permukaan bumi.

Menurut Ketua Bahagian Mitigasi Gempa dan Tsunami BMKG Daryono, kekuatan gegaran dicatatkan pada tahap IV MMI di Banda Aceh dan Aceh Besar, III MMI di Takengon, serta II hingga III MMI di Pidie, Pidie Jaya dan Sabang.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan dan gempa itu tidak berpotensi mencetuskan ombak besar.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan