Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua termasuk seorang bayi berusia enam bulan maut apabila kereta dinaiki bersama lima yang lain terbabit kemalangan di hadapan Klinik Kesihatan Telupid pagi tadi. Foto Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sabah

Dua termasuk seorang bayi maut dalam kemalangan di Telupid

ByBernama

KOTA KINABALU, 30 Mac: Dua termasuk seorang bayi berusia enam bulan maut apabila kereta dinaiki bersama lima yang lain terbabit kemalangan di hadapan Klinik Kesihatan Telupid pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran Edoen Macheal berkata enam anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 100 kilometer dari balai BBP Beluran itu selepas pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 6.28 pagi.

“Empat dewasa, dua kanak-kanak dan seorang lagi bayi terlibat dalam kejadian. Enam berjaya dibawa  keluar daripada kereta itu oleh orang awam dan dihantar ke hospital sebelum pasukan bomba tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata bayi yang berusia enam bulan bersama seorang lagi individu yang belum diketahui identiti disahkan meninggal dunia, manakala lima lagi mengalami cedera ringan, dan operasi kemudian ditamatkan pada 8.30 pagi selepas pihak bomba memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian.

Difahamkan kesemua tujuh sekeluarga itu dalam perjalanan pulang dari Labuan ke Semporna untuk berhari raya semasa kejadian.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan