Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dinding dan bahagian dapur sebuah kediaman di Kampung Kudei Baru, Kuching, runtuh dalam kejadian petang ini.Foto JBPM

Dinding, dapur rumah di Kampung Kudei Baru runtuh

KUCHING, 30 Mac: Dinding dan bahagian dapur sebuah kediaman di Kampung Kudei Baru di sini runtuh dalam kejadian petang ini.

Komander Operasi, Philip Dugat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 6.06 petang dengan menggerakkan 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati berlaku runtuhan rumah. Hasil pemantuan didapati berlaku runtuhan pada dinding bahagian rumah dan melibatkan sebahagian kecil ruangan dapur.

“Pihak bomba melakukan kerja-kerja bantuan khidmat kemanusiaan dengan meletakkan penahan tiang pada bahagian dinding struktur rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kejadian tidak melibatkan mangsa atau penyelamatan dilakukan.

“Setelah selesai dan memastikan keadaan benar-benar selamat pihak bertolak balik ke balai,” ujarnya.-TVS

Tags: bantu, bomba, rumah

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan