Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 1,644 orang terkorban, 3,408 cedera dan 139 lagi masih hilang akibat gempa bumi kuat yang melanda Myanmar, lapor Xinhua memetik Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara pada Sabtu malam. Foto AFP

Angka korban gempa bumi dahsyat di Myanmar meningkat kepada 1,644

ByBernama

YANGON, 30 Mac:  Seramai 1,644 orang terkorban, 3,408 cedera dan 139 lagi masih hilang akibat gempa bumi kuat yang melanda Myanmar, lapor Xinhua memetik Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara pada Sabtu malam.

Gempa bumi dengan magnitud 7.7 itu melanda negara Asia Tenggara itu pada Jumaat, dengan Mandalay, Bago, Magway,  timur laut negeri Shan, Sagaing, dan Nay Pyi Taw antara kawasan yang paling teruk terjejas.

Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing, tiba di Mandalay dengan helikopter pada pagi Sabtu untuk meninjau kawasan yang terjejas teruk, menurut Radio dan Televisyen Myanmar. Min Aung Hlaing turut menyeru bantuan antarabangsa pada Jumaat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan