Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Azman Abidin bercakap kepada media selepas melawat peniaga belon yang cedera di Hospital Sultan Idris Shah Serdang hari ini. Foto Bernama

Abang belon akan diberi bimbingan dapatkan lesen penjaja selepas pulih

ByBernama

SERDANG, 30 Mac: Penjaja belon Muhamad Za’imuddin Azlan yang didakwa dikasari penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan diberikan bimbingan dan sokongan untuk mendapatkan lesen penjaja selepas beliau pulih kelak, kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Wilayah Persekutuan Datuk Azman Abidin.

Beliau berkata ia bagi membantu penjaja yang digelar ‘abang belon’ itu dan tidak mempunyai pekerjaan tetap itu, mampu menyara kehidupannya dan keluarganya.

“Kita dah bagi jaminan bahawa selepas pulih, dia boleh jumpa saya untuk kita (MPN) bantu mendapatkan lesen penjaja,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada Muhamad Za’imuddin,29, yang sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, di sini, hari ini.

Rakaman video memaparkan pergelutan antara anggota penguat kuasa DBKL dengan Muhamad Za’imuddin itu yang tular di media sosial mendapat reaksi pelbagai dari orang ramai.

DBKL dalam kenyataan sebelum ini berkata insiden itu berlaku susulan penjaja berkenaan enggan memberi kerjasama mematuhi arahan penguat kuasa selain didakwa bertindak agresif terhadap anggota bertugas.

Merujuk kepada keadaan Za’imuddin, Azman yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri berkata laporan perubatan penuh akan dikeluarkan pihak hospital, namun Muhamad Za’imuddin yang masih terlantar boleh berinteraksi secara jelas dengan orang lain.

Azman yang turut bersimpati dengan keadaan mangsa bagaimanapun mengingatkan golongan penjaja mahupun anggota penguat kuasa untuk beroperasi dan menjalankan tugas mengikut lunas undang-undang ditetapkan.

“Cuma kebanyakan peniaga ‘rambo’ ini, mereka tidak tahu cara mohon (lesen), sebab itu kita kena bekerjasama dengan persatuan penjaja atau lain-lain badan bukan kerajaan untuk bantu mereka yang menjaja ini termasuk DBKL, (untuk) bagaimana permudahkan mereka dapatkan lesen, tapi mesti di kawasan sesuai,” katanya.

Beliau turut menyampaikan pesanan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kepada Muhamad Za’imuddin yang menasihatkannya untuk bersabar dan menyerahkan insiden itu untuk disiasat pihak berkuasa.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan