Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Orang ramai tiba untuk menaiki bas percuma yang disediakan oleh kerajaan ke kampung halaman mereka menjelang Aidilfitri, di Surabaya hari ini. Foto AFP

Umat Islam di Indonesia sambut Aidilfitri pada Isnin

ByBernama

JAKARTA, 29 Mac: Umat Islam di Indonesia akan menyambut Aidilfitri pada Isnin, kata Menteri Agama Nasaruddin Umar pada Sabtu malam. Dalam satu sidang media di kementerian, beliau mengumumkan tarikh 1 Syawal 1446 Hijrah bersamaan 31 Mac, 2025.

Pengumuman itu dibuat setelah selesainya persidangan Isbat (persidangan penentuan tarikh Syawal), yang melibatkan antaranya pegawai kementerian, Majlis Ulama Indonesia, ahli falak, anggota Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia, serta wakil-wakil dari kedutaan di Indonesia.

Turut hadir Atase Agama di Kedutaan Besar Malaysia, Mohd Shamsuri Ghazali.

“Pada malam ini untuk seluruh wilayah Indonesia masih melakukan solat tarawih. Kita berharap hasil daripada sidang ini seluruh umat Islam di Indonesia dapat merayakan Aidilfitri dengan sukacita,” katanya.

Umat Islam di republik ini telah mula berpuasa sejak 1 Mac.

Indonesia adalah negara dengan majoriti Muslim terbesar di dunia, dengan 87 peratus daripada lebih 282 juta penduduk beragama Islam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan