Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara keluarga besar yang hadir di tanah perkuburan Samariang pada hari-hari terakhir bulan Ramadan. Foto Suara Sarawak

Tanah Perkuburan Islam Samariang jadi tumpuan

KUCHING, 29 Mac: Masyarakat Islam di sekitar kawasan Petra Jaya dan Samariang masih mengekalkan budaya menziarahi pusara insan tersayang menjelang hari-hari terakhir bulan Ramadan.

Memetik laporan Suara Sarawak, Tanah Perkuburan Islam Samariang hari ini mulai dikunjungi manusia seawal jam 8 pagi.

Namun, pada waktu itu, hanya sebilangan kecil keluarga yang hadir bagi mendoakan anggota keluarga yang telah pergi.

Pada ketika itu, petugas penguatkuasa yang terdiri daripada beberapa orang Polis Bantuan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) sudah berada di sekitar lokasi.

Mereka sudah bersedia untuk mengawal keadaan, memandangkan lokasi ini dijangka akan menjadi tumpuan ramai pada hari kedua dan terakhir Ramadan.

Jumlah pengunjung mulai bertambah pada jam 9 pagi yang mana rata-rata mereka hadir untuk menziarahi kubur insan tersayang yang telah meninggal dunia.

Pihak penguatkuasa bertindak mengawal lalu lintas di laluan tapak perkuburan bagi memastikan aliran trafik berjalan dengan baik, kerana pengunjung dibenarkan untuk memandu tidak jauh dari tapak perkuburan yang ingin diziarahi.

Untuk memastikan aliran trafik lancar, arah masuk ke kawasan tanah perkuburan hanya dibuka satu sahaja, iaitu laluan berhadapan pusat pengurusan jenazah baharu yang masih dalam proses pembinaan.

Suasana semakin hiba apabila sekumpulan pengunjung dilihat menunggu ketibaan jenazah baharu yang dilaporkan meninggal dunia pada hari sebelumnya.

Kehadiran pengunjung ke tanah perkuburan ini dijangka akan berlarutan hingga ke sebelah petang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan