Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggang kemalangan dengan kereta di Kilometer 50.4 Jalan Sarikei/ Betong. Foto IPD Saratok

Seorang lelaki maut kemalangan motosikal, kereta

SARATOK, 29 Mac: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan kereta di Kilometer 50.4 Jalan Sarikei/ Betong di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintendan Mathew Manggie berkata, dalam kejadian itu mangsa yang maut dikenali Mohamad Idrus Mus,51, beralamat di Kampung Tengah Meludam.

Menurutnya, pihak menerima makluman berhubung kes itu daripada orang awam pada jam 4.30 petang.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kejadian berlaku semasa pemandu kereta Camry yang juga pesara berusia 48 tahun sedang dalam perjalanan dari Sarikei menuju ke arah Kuching.

“Semasa tiba di tempat kejadian telah terlanggar secara tiba-tiba sebuah motosikal yang ditunggang mangsa
yang menukar laluan secara mengejut dari kiri ke kanan jalan lalu masuk ke laluan kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pemandu kereta cuba mengelak namun disebabkan jarak yang sudah terlalu dekat dan tidak dapat mengelak lalu melanggar bahagian sebelah kanan motosikal mangsa.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang motosikal telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik Hospital Saratok.

“Siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan