Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Istana Buckingham pada Khamis malam mengumumkan bahawa Raja Charles "memerlukan tempoh pemerhatian singkat di hospital" pada hari berkenaan. Foto fail AFP

Raja Charles tampil ceria selepas rawatan kanser di hospital

ByBernama

LONDON, 29 Mac: Raja Britain, Raja Charles III kelihatan ceria pada pagi Jumaat ketika muncul di khalayak buat kali pertama sejak didedahkan baginda menerima rawatan di hospital akibat kesan sampingan daripada rawatan kansernya, lapor PA Media/dpa.

Baginda yang berusia 76 tahun tersenyum dan melambai ke arah rakyat ketika berangkat meninggalkan kediaman diraja Clarence House di London dengan menaiki sebuah Audi hitam.

Difahamkan, baginda menuju ke estet Highgrove di Gloucestershire.

Istana Buckingham pada Khamis malam mengumumkan bahawa Raja Charles “memerlukan tempoh pemerhatian singkat di hospital” pada hari berkenaan.

Urusan rasmi yang dijadualkan pada Jumaat dibatalkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi memberi keutamaan kepada pemulihan baginda. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan