Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail AFP

PM India hubungi Ketua Junta , hantar pasukan mencari dan menyelamat ke Myanmar

ByBernama

NEW DELHI, 29 Mac: Perdana Menteri India Narendra Modi pada Sabtu menghubungi Ketua Junta Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing susulan gempa bumi yang berlaku pada Jumaat.

“Saya menyampaikan ucapan takziah atas kehilangan nyawa dalam gempa bumi dahsyat ini. Sebagai rakan dan jiran yang rapat, India bersolidariti bersama rakyat Myanmar dalam waktu sukar ini,” kata Modi.

Modi dan Min Aung Hlaing dijadual menghadiri Sidang Kemuncak Inisiatif Teluk Benggala bagi Kerjasama Teknikal dan Ekonomi Pelbagai Sektor (BIMSTEC) di Bangkok pada 3 hingga 4 April.

BIMSTEC dianggotai Bangladesh, Bhutan, India, Myanmar, Nepal, Sri Lanka dan Thailand.

India menghantar bantuan serta pasukan mencari dan menyelamat ke kawasan yang terjejas akibat gempa bumi.

Menteri Luar Subrahmanyam Jaishankar berkata sebuah pesawat tentera C-130 yang membawa barangan bantuan seperti selimut, terpal, kit kebersihan, beg tidur, pek makanan serta anggota penyelamat dan perubatan telah dihantar ke Myanmar, dan lebih banyak bantuan akan menyusul.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan