Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada pelajar dan guru atas kiriman kad raya kreatif sempena Aidilfitri. Foto Anwar Ibrahim (Facebook)

PM Anwar luang masa baca kad raya kreatif daripada pelajar, guru

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada pelajar dan guru atas kiriman kad raya kreatif sempena Aidilfitri.

Menerusi hantaran video di Facebook rasminya hari ini, Perdana Menteri menyifatkan ingatan serta coretan dalam kad raya tersebut sebagai sesuatu yang amat bermakna sekali gus menambah keceriaan suasana perayaan.

“Terima kasih atas coretan anak-anak pelajar dan guru-guru sempena Aidilfitri ini. Ingatan kalian dalam kad raya yang begitu kreatif menceriakan sambutan Aidilfitri saya dan keluarga tahun ini.

“Saya doakan keafiatan dan kesejahteraan buat semua, insya-Allah,” katanya.

Menerusi video berdurasi lebih dua minit itu, Anwar turut membaca beberapa kad raya antaranya daripada Sekolah Kebangsaan Desa Bakti (Pendidikan Khas) dan ada juga pelajar yang mengambil kesempatan memohon tandatangan Perdana Menteri sebagai kenangan.

Beliau juga memohon maaf kerana tidak dapat membalas semua kad raya yang dikirimkan.

“Kepada semua anak-anak yang begitu baik budi, pesan pula tu sila balas, jangan tak balas, kalau tak dapat balas semua, mohon maaf,” kata Anwar.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan