Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto hiasan Envato

Pesara guru rugi RM200,000 angkara ‘phone scam’

ByBernama

KUANTAN, 29 Mac: Seorang pesara guru kerugian RM200,000 selepas terperdaya dengan penipuan menerusi panggilan telefon pada 14 Feb lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 71 tahun itu pada mulanya dihubungi suspek yang menyamar sebagai pegawai kesihatan dan memaklumkan mangsa mempunyai bil tunggakan rawatan berjumlah RM68,000.

Beliau berkata selepas mangsa menafikan perkara berkenaan, akaun bank miliknya pula didakwa terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram.

“Suspek kemudian mengarahkan mangsa berhubung dengan beberapa individu kononnya pegawai polis untuk menyelesaikan masalah itu dan wanita berkenaan telah didorong melakukan tujuh transaksi ke dalam satu akaun berjumlah RM200,000 menggunakan wang simpanannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata mangsa yang kemudiannya mengesyaki diperdaya telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan