Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Kemboja Hun Manet. Foto fail AFP

Perdana Menteri Kemboja luah kesedihan tragedi gempa bumi di Myanmar, Thailand

ByBernama

PHNOM PENH, 29 Mac: Perdana Menteri Kemboja Hun Manet menyampaikan ucapan takziah kepada Kerajaan Thailand dan Myanmar susulan gempa bumi yang melanda kedua-dua negara itu pada Jumaat .

Dalam hantaran di Facebook, beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap mereka yang terkesan akibat bencana alam itu serta menasihatkan rakyat Kemboja yang bekerja di kedua-dua negara agar mengambil langkah keselamatan.

“Pertama sekali, saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada Kerajaan Thailand dan Kerajaan Myanmar serta rakyat yang terjejas akibat gempa bumi di Thailand dan Myanmar pada petang Jumaat,” kata Hun Manet.

Gempa bumi kuat berukuran 7.7 pada skala Richter melanda kedua-dua negara Asia Tenggara itu pada petang Jumaat, menyebabkan kemusnahan kepada bangunan, infrastruktur serta kawasan perumahan.

“Keutamaan kerajaan Kemboja adalah kebajikan rakyat Khmer yang tinggal dan bekerja di Myanmar serta Thailand, khususnya di kawasan yang terjejas akibat gempa bumi.

Kedutaan Kemboja di Myanmar dan Thailand bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi memberikan bantuan kepada pekerja yang menghadapi kesulitan,” katanya.

Di Myanmar, Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing mengisytiharkan darurat selepas bencana itu.

“Saya telah mengisytiharkan darurat di semua kawasan terjejas dan telah membuka semua saluran yang ada untuk menerima bantuan antarabangsa. Saya ingin menjemput mana-mana negara atau organisasi untuk datang membantu sami, rahib serta rakyat Myanmar yang memerlukan,” katanya dalam perutusan kepada rakyat pada Jumaat.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan