Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Myanmar dilanda gempa bumi susulan dengan magnitud 5.1 pada Sabtu, sehari selepas gempa bumi kuat menggegarkan beberapa negara jiran, mengorbankan lebih 1,000 orang. Foto AFP

Myanmar dilanda gempa bumi susulan, gelombang gegaran dirasai di negara jiran

ByBernama

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Myanmar dilanda gempa bumi susulan dengan magnitud 5.1 pada Sabtu, sehari selepas gempa bumi kuat menggegarkan beberapa negara jiran, mengorbankan lebih 1,000 orang.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran terbaharu itu berlaku berhampiran Pyinmana, kira-kira 24 kilometer dari Nay Pyi Taw, pada kira-kira 2.50 petang waktu tempatan, dengan gegaran dirasai di Laos, Thailand dan beberapa bahagian di China.

Gempa bumi susulan itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan menjejaskan banyak kawasan yang sudah teruk terkesan akibat gempa bumi besar pada Jumaat.

NDTV World, memetik USGS, melaporkan bahawa rantau itu telah mengalami sekurang-kurangnya 12 gempa susulan sejak gempa bumi besar pertama berhampiran Sagaing, dengan magnitud antara 2.8 hingga 7.5.

Setakat ini, kesan penuh kemusnahan serta kemungkinan pertambahan korban akibat gempa bumi susulan terbaharu masih belum dapat dipastikan, sementara operasi mencari dan menyelamat serta bantuan terus dijalankan, menurut NDTV World.

Xinhua melaporkan Mandalay, Bago, Magway, timur laut Shan, Sagaing dan Nay Pyi Taw sebagai kawasan paling teruk terjejas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan