Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketika ini penternakan babi di daerah Sepang dan Kuala Langat menghadapi masalah besar, susulan ribuan haiwan berkenaan terpaksa dilupuskan selepas dikesan terjangkit ASF. Foto hiasan Envato

KPKM usaha bantu pulihkan ternakan babi susulan ASF – Mohamad

ByBernama

KLANG, 29 Mac: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang mencari jalan dalam membantu memulihkan penternakan babi yang terjejas susulan wabak Demam Babi Afrika (ASF) khususnya yang melanda Selangor ketika ini.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ketika ini penternakan babi di daerah Sepang dan Kuala Langat menghadapi masalah besar, susulan ribuan haiwan berkenaan terpaksa dilupuskan selepas dikesan terjangkit ASF.

Beliau berkata keadaan itu dijangka meningkatkan harga daging ternakan itu, susulan terpaksa bergantung dengan daging import.

“Usaha sedang dijalankan supaya penternak akan terus dapat memelihara (ternakan babi) yang baharu,” katanya pada Majlis Pelancaran Program Semarak Syawal 1446 Hijrah Peringkat Kebangsaan di Pasar Tani Taman Sri Andalas, di sini, hari ini.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Selangor sebelum ini memaklumkan setakat ini telah melupuskan kira-kira 14,000 ekor babi dipercayai dijangkiti penyakit ASF secara eutanasia.

Pengarah DVS Selangor Dr Hassuzana Khalil berkata pelupusan ternakan berkenaan menggunakan gas karbon dioksida dan ditanam di kawasan ladang babi mengikut kaedah yang telah ditetapkan.

Beliau berkata sehingga kini sebanyak 58 ladang meliputi daerah Sepang dan Kuala Langat telah merekodkan ASF dan diberikan perintah di bawah Seksyen 19 Akta Binatang 1953 (Akta 647) untuk pelupusan sebagai langkah kawalan perebakan penyakit. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan