Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah ketika ditemui media hari ini. Foto TVS

Kes warga emas ditinggal waris gagal dihubungi membimbangkan

ByConnie Grace

KUCHING, 29 Mac: Kes berkaitan warga emas yang dihantar ke hospital dengan waris gagal dikesan kian membimbangkan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah

“Kita dapati ada kes mereka dihantar ke hospital dan apabila dihubungi, waris tidak dapat dikesan dan ini amat menyedihkan kerana kiita mahu warga emas kita hidup dengan maruah, walau apapun keadaan mereka,” katanya.

Justeru itu, badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Sarawak Hun Nam Siang Tng menjadi penyelamat dalam situasi sebegini dengan membantu pihak hospital menguruskan hal pengkebumian mereka yang tiada waris, di samping menawarkan tempat tinggal kepada warga emas yang ditinggalkan.

Beliau turut menekankan cabaran dalam menguruskan warga emas yang menghadapi masalah kesihatan mental, yang memerlukan perhatian dan rawatan berterusan di hospital pakar seperti Hospital Sentosa.

“Bila mereka tidak lagi makan ubat secara konsisten selepas keluar dari hospital, itu menjadi satu cabaran besar. Ini memerlukan satu sistem sokongan yang lebih kemas,” ujarnya.

Sehubungan itu, Fatimah menyarankan agar kerjasama antara agensi kerajaan, NGO, komuniti dan ahli keluarga dapat diperkuatkan untuk memastikan warga emas terus dilindungi, diberi kehidupan yang berkualiti dan bermaruah.

Dalam perkembangan sama, Fatimah menzahirkan penghargaan kepada Persatuan Sarawak Hun Nam Siang Tng atas komitmen luar biasa dalam menjaga kebajikan golongan warga emas, khususnya mereka yang tidak mempunyai waris, sejak penubuhannya pada tahun 1956.

Beliau berkata, NGO itu bukan sahaja aktif memberikan bantuan makanan kepada golongan kurang berkemampuan, tetapi juga memainkan peranan penting dalam menguruskan pengkebumian bagi mereka yang meninggal dunia tanpa waris atau yang warisnya tidak berkemampuan.

“Saya ucapkan tahniah kepada Persatuan Sarawak Hun Nam Siang Tng kerana sejak tahun 1956 lagi sudah menunjukkan dedikasi yang sangat tinggi.

“Mereka membantu ketika musim perayaan, memberi bantuan kepada lebih 400 penerima setiap bulan, termasuk pelbagai kaum,” katanya.

Selain itu,katanya lagi, persatuan ini turut menyediakan pusat jagaan warga emas sepenuh masa yang kini menempatkan seramai 33 orang penghuni, terdiri daripada warga emas miskin yang tiada waris.

“Saya sendiri naik ke tingkat atas dan melihat keadaan penghuni di pusat ini dan saya perhatikan semua nampak kemas, bersih dan tidak ada bau kurang menyenangkan. Ini penting kerana warga emas sangat memerlukan penjagaan rapi, kebersihan, dan suasana yang selesa,” tambahnya, selepas melawat Pusat Jagaan Hun Nam Siang Tng, Kuching, pada Sabtu.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan