Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah ketika ditemui media hari ini. Foto TVS

Kerajaan Sarawak salur bantuan tanpa batas kaum, agama

ByConnie Grace

KUCHING, 29 MAC: Sarawak terus menjadi contoh terbaik kepada nilai Malaysia Madani apabila budaya saling bantu-membantu diamalkan secara ikhlas tanpa mengira latar belakang kaum, agama mahupun budaya, khususnya dalam membantu golongan rentan di musim perayaan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Menurut beliau, usaha yang ditunjukkan oleh NGO tempatan termasuk Persatuan Sarawak Hun Nam Siang Tng wajar dipuji kerana melengkapi usaha kerajaan negeri dalam memastikan tiada golongan yang tercicir.

“Kita amat menghargai peranan Persatuan Sarawak Hun Nam Siang Tng yang bukan sahaja membantu golongan rentan, malah turut menyediakan bantuan kepada keluarga yang tidak mampu menguruskan penghormatan terakhir bagi ahli keluarga mereka,” katanya dalam majlis penyerahan bantuan makanan Hari Raya, di Kuching, pada Sabtu.

Memetik kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Fatimah memberitahu  seramai 415 penerima kekal menerima bantuan bulanan daripada persatuan berkenaan, selain sumbangan khas pada musim perayaan seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Hari Gawai.

Katanya, keprihatinan yang dizahirkan oleh pelbagai pihak bukan hanya datang daripada kerajaan negeri menerusi program seperti Sejambak Kasih, tetapi juga daripada NGO, syarikat-syarikat korporat, serta individu tanpa mengira kaum dan agama.

“Di Sarawak, kita tidak memilih siapa yang mahu dibantu. Asalkan golongan itu miskin, rentan atau asnaf, mereka akan tetap dibantu sama ada oleh NGO, individu mahupun syarikat korporat,” katanya.

“Inilah keunikan kita di Sarawak, di mana perpaduan, sikap peduli dan keikhlasan membantu sudah menjadi sebahagian budaya masyarakat kita,” jelasnya.

Beliau turut menyeru agar semangat kebajikan ini terus disemai agar Sarawak terus kekal sebagai negeri contoh dalam mengamalkan nilai Malaysia Madani. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan