Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua daripada empat kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di KM58.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Simpang Renggam—sebuah lori dan sebuah Honda Stepwagon Spada—dilaporkan terbakar akibat perlanggaran tersebut. Foto Bernama

Kemalangan maut ragut lima nyawa: Loke jamin siasatan terperinci, tindakan tegas

ByBernama

SEPANG, 29 Mac: Menteri Pengangkutan Anthony Loke memberi jaminan bahawa siasatan terperinci akan dijalankan berhubung kemalangan maut yang meragut lima nyawa di Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kluang, Johor pada Khamis.

Beliau berkata pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap syarikat pengangkutan yang didakwa menyebabkan nahas itu jika ia didapati melanggar peraturan keselamatan.

“Kejadian ini sangat menyedihkan dan merupakan satu tragedi besar lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan.

“Seperti prosedur biasa, syarikat tersebut akan disiasat, diaudit dan tindakan tegas akan diambil jika terdapat pelanggaran peraturan,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini semalam.

Loke berkata dakwaan bahawa treler yang terlibat dalam kemalangan itu menggunakan tayar klon yang tidak mematuhi piawaian keselamatan juga sedang disiasat.

“Kita belum dapat memastikan sama ada tayar yang digunakan adalah tayar klon atau tidak. Sebarang kesimpulan awal tanpa siasatan menyeluruh hanya akan mengundang spekulasi yang tidak wajar.

“Siasatan terperinci perlu dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar tayar tersebut pecah. Kita perlu memastikan sama ada ia berpunca daripada masalah teknikal, kecuaian penyelenggaraan atau penggunaan tayar yang tidak mematuhi piawaian,” katanya.

Semalam, nahas pada kira-kira 11.30 malam itu mengakibatkan lima maut termasuk suami isteri dan anak perempuan mereka yang berusia dua tahun.

Ia dipercayai berpunca daripada tayar hadapan sebuah treler pecah dan menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah kereta Toyota Camry yang dalam arah perjalanan sama.

Treler itu kemudian terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Proton X50 serta Honda Stepwagon Spada.

Loke berkata tindakan penguatkuasaan dan audit terhadap syarikat pengangkutan akan terus diperketat bagi mengelakkan insiden serupa berulang.

“Ini adalah satu peringatan bahawa keselamatan perlu menjadi keutamaan.

“Kita tidak mahu melihat tragedi seperti ini berulang hanya kerana pengabaian pemeriksaan kenderaan atau penggunaan komponen yang tidak mengikut piawaian,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan