Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketika ini, kebuluran global semakin meningkat dengan 343 juta orang mengalami krisis ketakjaminan makanan yang teruk, didorong oleh gelombang krisis global yang berterusan termasuk konflik, ketidakstabilan ekonomi dan kecemasan berkaitan perubahan iklim. Foto hiasan Envato

Jutaan berdepan kebuluran melampau ketika krisis pembiayaan semakin buruk – WFP

ByBernama

GENEVA, 29 Mac: Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat memberi amaran bahawa 58 juta orang berisiko kehilangan bantuan penting yang menyelamatkan nyawa dalam 28 operasi tindak balas krisis paling kritikal agensi itu melainkan pembiayaan baharu diterima segera, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Walaupun kemurahan hati banyak kerajaan dan penderma individu, WFP mengalami penurunan mendadak dalam pembiayaan daripada penyumbang utamanya.

Pemotongan dana yang ketara, ditambah dengan jumlah individu memerlukan bantuan yang mencapai rekod tertinggi, telah mencetuskan krisis yang belum pernah terjadi sebelum ini bagi puluhan juta orang di seluruh dunia yang bergantung kepada bantuan makanan.

Pada masa ini, organisasi itu menghadapi penurunan pembiayaan sebanyak 40 peratus yang membimbangkan untuk 2025 berbanding tahun lepas. Ini memberi kesan yang teruk terhadap usaha bantuan makanannya di seluruh dunia, terutamanya program pemakanan kecemasan yang menyokong golongan paling terdedah.

Ketika ini, kebuluran global semakin meningkat dengan 343 juta orang mengalami krisis ketakjaminan makanan yang teruk, didorong oleh gelombang krisis global yang berterusan termasuk konflik, ketidakstabilan ekonomi dan kecemasan berkaitan perubahan iklim.

Pada 2025, operasi WFP memberi tumpuan untuk menyokong lebih satu pertiga daripada mereka yang memerlukan – kira-kira 123 juta orang yang mengalami kebuluran paling teruk di dunia – hampir separuh daripadanya (58 juta) berdepan risiko kehilangan akses kepada bantuan makanan.

Tahun lepas, pasukan WFP telah membantu menyediakan makanan kepada lebih 120 juta orang di 80 negara, menyalurkan bantuan makanan segera ke kawasan kebuluran kritikal dan zon krisis di seluruh dunia. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan