LIMBANG, 29 Mac: Sebuah keluarga dikejutkan dengan kehadiran ‘tetamu’ tidak diundang yang sesat di kediaman mereka di Perumahan Batu Biah di sini semalam (Jumaat).
Dalam kejadian jam 4 petang itu, mereka dikejutkan dengan biawak sepanjang lebih satu kaki berada di dalam rumah berkenaan.
Bimbang perkara buruk berlaku, mereka menghubungi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Limbang untuk membantu menangkap reptilia itu.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Limbang Kapten (PA) Bonnie Madisun berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 4.10 petang.
“Biawak berkenaan ‘menyorok’ dibelakang tingkap, bahagian dapur pengadu.
“Biawak berkenaan ditangkap dengan menggunakan kaedah menjerut dan operasi menangkap reptilia berkenaan mengambil masa kurang 10 minit,”katanya dalam kenyataan hari ini.
Operasi ditamatkan pada jam 4.30 petang. – TVS