Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto fail TVS

Banjir di Johor pulih, PPS terakhir tutup 6 petang

ByBernama

JOHOR BAHRU, 29 Mac: Situasi banjir di Johor pulih sepenuhnya setelah pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Batu Pahat ditutup pada 6 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading sebelum ini menempatkan 140 mangsa daripada 44 keluarga.

“Kesemua mangsa yang terdiri daripada penduduk Kampung Baharu, Batu Pahat dibenarkan pulang setelah air banjir surut dan keadaan kediaman masing-masing didapati selamat.

“Bagaimanapun, Jabatan Metereologi telah mengeluarkan amaran ribut petir di Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Stesen Sungai Senggarang di Senggarang, Batu Pahat dilaporkan melepasi paras amaran dengan bacaan 3.24 meter.

Sejak 19 Mac lepas banjir di Johor menjejaskan enam daerah iaitu Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Pontian, Kluang dan Batu Pahat dengan jumlah mangsa melebihi 13,000 orang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan