Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 144 orang terbunuh dan 732 cedera di Myanmar selepas gempa bumi dengan magnitud 7.7 menggegarkan negara itu pada Jumaat. Foto AFP

144 terbunuh, 732 cedera dalam gempa bumi 7.7 magnitud di Myanmar – Kerajaan

ByBernama

YANGON, 29 Mac: Sekurang-kurangnya 144 orang terbunuh dan 732 cedera di Myanmar selepas gempa bumi dengan magnitud 7.7 menggegarkan negara itu pada Jumaat, menurut Pasukan Penerangan Majlis Pentadbiran Negara Myanmar, lapor Xinhua.

Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar Jeneral Kanan Min Aung Hlaing berkata jumlah korban termasuk 96 dari ibu negara Nay Pyi Taw, 18 dari Sagaing dan 30 dari Kyaukse, menurut laporan itu.

Beliau berkata mereka yang cedera termasuk 432 dari Nay Pyi Taw dan 300 dari Sagaing.

Menurut beliau, banyak bangunan mengalami kerosakan, dan operasi menyelamat sedang dijalankan.

Min Aung Hlaing turut meminta bantuan daripada masyarakat antarabangsa, menurut laporan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan