SADONG JAYA, 28 Mac: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Iman Sadong Jaya.
Ketibaan Tun Wan Junaidi pada pukul 12:20 tengahari itu disambut oleh Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) termasuk penduduk kampung.
Sejurus selesai menunaikan ibadah di masjid tersebut, beliau bersama isteri Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi berangkat ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Sadong Jaya untuk menziarahi pusara ayahanda tercinta.
Untuk rekod, Tun Wan Junaidi, 79, dilahirkan pada 1 Februari 1945 di Kampung Pendam, Sadong Jaya.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Aidel Lariwoo serta Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee.-TVS