MIRI, 28 Mac: Tiga kenderaan terbakar di Lorong Harmoni, Tudan di sini, awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)Lutong, Henry Jugah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu sekitar jam 4.42 pagi dengan menggerakkan lima anggota BBP Lutong ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi, didapati telah berlaku kebakaran melibatkan sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Pajero.
“Sebuah motosikal Modenas Kriss yang rosak dan telah lama tidak digunakan terbakar keseluruhan manakala sebuah Proton Wira terbakar lebih kurang lima peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pihak bomba membuat operasi pemadaman dengan menggunakan satu aliran 100 kaki dan satu pancutan air dari tangki jentera.
“Selepas memastikan api padam sepenuhnya pihak bomba balik ke balai,” ujarnya.-TVS