Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali dan Matthew Dominic Barin ketika melakukan tinjauan mesra di Mydin Vista Tunku Hypermarket bagi memantau pelaksanaan PJRM. Foto KPDN Sarawak

Program Jualan Rahmah Madani bantu rakyat nikmati diskaun harga barang keperluan harian

KUCHING, 28 Mac: Melalui kerjasama dengan pemain industri sektor peruncitan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak melakukan potongan harga barang keperluan harian sebanyak 10 peratus hingga 30 peratus.

Pengarah KPDN Sarawak Matthew Dominic Barin berkata kerjasama menerusi Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) memberi keutamaan di lokasi-lokasi rakyat berpendapatan rendah dan B40.

“PJRM merupakan program jualan murah sepanjang tahun 2025 oleh pasar raya besar dan pasar raya. Di Sarawak, PJRM ini dilaksanakan di setiap 82 kawasan Dewan Undangan Negeri di seluruh negeri melibatkan 256 peruncit berdaftar,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan susulan tinjauan mesra di Mydin Vista Tunku Hypermarket bagi memantau pelaksanaan PJRM serta pematuhan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2025 oleh peniaga.

Program itu disempurnakan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Menurut Matthew lagi, antara barang-barang keperluan harian yang diberikan diskaun adalah ayam, ikan dan hasil laut, telur ayam, minyak masak botol, tepung gandum, beras, sayur-sayuran/ buah-buahan, barangan penjagaan diri, barangan pembersihan rumah, lampin pakai buang, barangan keperluan sekolah, ubat-ubatan dan lain-lain barang keperluan harian seperti makanan dan bukan makanan.

Tujuan utama pelaksanaan PJRM adalah untuk merancakkan ekonomi sektor peruncitan kawasan setempat di samping membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Jelasnya, KPDN Sarawak komited dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk setempat dengan menyasarkan sekurangnya 1,968 program dilaksanakan di seluruh negeri pada tahun 2025, iaitu 75 peratus lebih tinggi berbanding pencapaian tahun 2024 yang lepas bagi mengoptimumkan penerima manfaat secara keseluruhannya.

Sejak Januari sehingga semalam 27 Mac 2025, sebanyak 235 program telah berjaya dilaksanakan di seluruh negeri Sarawak dan telah memanfaatkan sebanyak 214,912 penduduk.

“Program ini mencerminkan keprihatinan Kerajaan terutamanya semasa menghadapi sambutan perayaan di mana penduduk boleh mendapatkan barang keperluan dengan harga yang lebih rendah,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan