Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Akibat tertarik dengan tawaran kerja sambilan yang menjanjikan komisen lumayan, seorang pesara berumur lewat 50-an mengalami kerugian kira-kira RM200,000. Foto hiasan Envato

Pesara rugi RM200,000 akibat terpedaya tawaran kerja sambilan dalam talian

KUCHING, 28 Mac: Akibat tertarik dengan tawaran kerja sambilan yang menjanjikan komisen lumayan, seorang pesara berumur lewat 50-an di Kuching mengalami kerugian kira-kira RM200,000.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata pada pertengahan Mac 2025, mangsa melayari Facebook dan tertarik dengan tawaran kerja sambilan dari seseorang individu yang tidak dikenali.

“Seterusnya mangsa menghubungi suspek melalui aplikasi WhatsApp untuk berurusan berkaitan kerja sambilan dalam talian tersebut.

“Mangsa yang terpedaya telah membuat pembayaran secara pindahan wang dalam talian bermula daripada pertengahan Mac sehingga penghujung Mac 2025,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam kejadian ini, mangsa telah melakukan beberapa transaksi wang secara berperingkat ke dalam akaun bank yang diberikan oleh suspek berjumlah lebih kurang RM200,000.

“Mangsa menyedari dirinya telah ditipu apabila sehingga laporan polis dibuat mangsa hanya menerima komisen lebih kurang RM500,” katanya.

Mancha menasihatkan orang ramai agar jangan terlalu mudah percaya dengan tawaran kerja sambilan dalam talian yang menjanjikan pulangan komisen yang tinggi dengan hanya melakukan tugasan-tugasan mudah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan