Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom ketika lawatan kerja ke tapak Rumah Panjang Lapie yang musnah dalam kebakaran di Sebauh, Bintulu. Foto TVS

Pembinaan semula rumah panjang perlu ambil kira bencana alam, status tanah

BINTULU, 28 Mac: Pembangunan semula penempatan rumah panjang termasuk yang musnah akibat kebakaran harus mengambil kira pelbagai faktor termasuk bencana alam dan status tanah.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata kedua-dua faktor ini wajar diberi perhatian agar tidak timbul masalah setelah rumah siap dibina.

“Jangan apabila telah siap dibina, timbul pula isu apabila memohon projek daripada kerajaan, tanah tapak rumah masuk dalam PL (pajakan sementara).

“Kedua, rujuk dengan pihak jurutera, sama ada kawasan itu selamat atau tidak. Jangan bina rumah berhampiran dengan tanah runtuh dan kawasan banjir,” katanya.

Dr Rundi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Rumah Lapei, Sungai Binai Sebauh dekat sini, hari ini.

Rumah panjang 27 pintu itu musnah dalam kejadian kebakaran pada Khamis lepas yang mengakibatkan 228 penduduk di kawasan berkenaan tinggal sehelai sepinggang.

Pembinaan semula rumah panjang tersebut akan dilaksanakan menerusi peruntukan khas bantuan kebakaran Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak melibatkan bantuan berjumlah RM70,000 bagi setiap pintu.

Pada lawatan itu, beliau menyampaikan bantuan tunai berjumlah RM54,000.

“Saya menyalurkan bantuan sejumlah RM2,000 kepada setiap pintu untuk membeli keperluan masing-masing.

“Kami ucapkan berbanyak terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh orang ramai termasuk pihak NGO. Ada yang menghantar makanan, kelengkapan dapur dan lain-lain,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan