Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Wee Hong Seng dan tetamu lain meninjau Pasar Tamu Sungai Apong yang telah dinaiktaraf di bawah di bawah Program Pembangunan Premis (Tamu Desa) Fasa 2. Foto Suara Sarawak

Pasar Tamu Sungai Apong berwajah baharu

KUCHING, 28 Mac: Kerja menaik taraf Pasar Tamu Sungai Apong di bawah Program Pembangunan Premis (Tamu Desa) Fasa 2 berjaya disiapkan dengan kos RM235,135.19.

Memetik laporan Suara Sarawak, projek tersebut dilaksanakan bagi meningkatkan kemudahan dan persekitaran pasar tradisional khususnya untuk perdagangan hasil hutan tempatan.

Projek tersebut diterajui Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (MINTRED) serta Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG) dengan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pula bertindak sebagai pelaksana utama.

Fasa dua projek tersebut merangkumi pemasangan bumbung dan siling baharu, penambahbaikan sistem saliran serta naik taraf sepuluh gerai di bahagian pasar hasil hutan.

Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng menyifatkan projek tersebut sebagai langkah penting dalam memperkasa pasar tradisional dan menyokong ekonomi komuniti setempat.

Menurutnya, MBKS komited dalam menyokong pengiktirafan Kuching sebagai Bandar Kreatif Gastronomi UNESCO dengan menyediakan ruang niaga yang lebih kondusif untuk para peniaga kecil.

Bagi meringankan beban peniaga semasa tempoh baik pulih atau naik taraf, MBKS turut mengecualikan bayaran sewa dan caj air kepada peniaga terjejas.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan