Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Norizan Jili (kiri) memeriksa permit perjalanan sebuah bas sambil disaksikan oleh Pengarah LPKP, Cornelia Wong dan yang lain. Foto Suara Sarawak

Menyamar sebagai penumpang bas

KUCHING, 28 Mac: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak akan melaksanakan strategi penyamaran sebagai penumpang bas bagi mengesan kesalahan pemandu bas sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri.

Memetik laporan Suara Sarawak, Pengarah JPJ Sarawak Norizan Jili berkata, usaha tersebut merupakan sebahagian daripada penguatkuasaan strategik jabatan di bawah Ops HRA yang akan berlangsung dari 24 Mac hingga 8 April bagi memastikan pemandu mematuhi peraturan jalan raya.

“Khususnya bagi pengangkutan awam, kami akan menempatkan pegawai JPJ untuk menyamar sebagai penumpang bas bagi membanteras pelanggaran lalu lintas.

“Teknik ini terbukti berkesan kerana dalam operasi terdahulu, kami mendapati kebanyakan pemandu bas melakukan kesalahan seperti menggunakan telefon bimbit ketika memandu atau memandu melebihi had laju.

“Teknik ini digunakan bagi mengesan kesalahan teknikal setiap bas sebelum memulakan perjalanan seperti tayar bas, brek dan lampu yang tidak mematuhi piawaian ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Advokasi Keselamatan Jalan Raya di Terminal Bas Kuching Sentral.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan