DEBAK, 28 Mac : Penganjuran majlis berbuka puasa diakui sebagai platform terbaik dalam menyemai semangat perpaduan dan toleransi antara kaum.
 Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu berkata, melalui penganjuran majlis seumpamanya juga mengeratkan hubungan seluruh lapisan masyarakat sebagai sebuah komuniti yang pelbagai.
“Majlis seperti ini merupakan platform terbaik untuk kita berkumpul sebagai satu komuniti tanpa mengira latarbelakang.
“Ia nya juga melambangkan satu semangat Segulai Sejalai, perpaduan dan toleransi dikalangan masyarakat kita di Saribas ini,” katanya.
“Untuk kita sama-sama berkumpul sebagai satu komuniti tanpa kita mengira latarbelakang atau pentadbiran dan ianya melambangkan satu semangat Segulai Sejalai perpaduan dan toleransi dikalangan masyarakat kitai di Daerah Kecil Debak di kawasan N. 35 Saribas dan kita sama-sama bertanggungjawab untuk kita terus membina satu hubungan yang erat saling hormat-menghormati dan bekerjasama demi kemajuan masyarakat kitai di N. 35 Saribas,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa DUN N. 35 Saribas Bersama ADUN Saribas dan Ahli Parlimen Betong di Dewan Millenia, Debak pada Khamis.
Tambahnya lagi adalah menjadi tanggungjawab bagi masyarakat di Saribas untuk terus mengekalkan dan terus membina hubungan erat diantara satu sama lain selepas ini.
“Adalah menjadi tanggungjawab kepada seluruh masyarakat kita di Saribas untuk terus mengekalkan hubungan erat dan akrab ini selepas ini.
“Ia adalah supaya semangat kebersamaan ini terus berkekalan demi pembangunan yang lebih mampan di Saribas kelak,” katanya. -TVS.