Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia Aviation Group (MAG) menyemarakkan lagi suasana kemeriahan Aidilfitri dengan melancarkan video bertajuk ‘Selagi Ada Hormat’. Foto Malaysia Aviation Group (MAG)

MAG serlah kepelbagaian menerusi video Hari Raya

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Malaysia Aviation Group (MAG) menyemarakkan lagi suasana kemeriahan Aidilfitri dengan melancarkan video bertajuk ‘Selagi Ada Hormat’ yang ditayangkan hari ini, menyerlahkan kepelbagaian Malaysia serta kepentingan untuk terus mendukung nilai budaya dan jati diri.

Diilhamkan daripada perjalanan peribadi Pengarah Urusan Kumpulan MAG Datuk Kapten Izham Ismail video ini mengetengahkan mesej yang tentang kekuatan perpaduan, rasa hormat, dan keterangkuman, nilai teras yang mentakrifkan Malaysia.

“Malaysia berkembang maju apabila kita menerima perbezaan sebagai sumber kekuatan. Di MAG, kepelbagaian bukan sekadar prinsip, tetapi asas kepada kejayaan yang memacu inovasi, keterangkuman, dan ketahanan. Kemajuan memerlukan kita melangkaui naratif perkauman untuk membina masa depan yang dibentuk oleh rasa hormat dan kerjasama.

“Menerusi video perayaan ini, kami ingin memperlihatkan rasa hormat melangkaui batas bangsa, agama, dan status sosial – ia teras kepada perpaduan dan kemajuan kita. Dengan menyatukan kekuatan bersama, kita berupaya mencipta impak yang berkekalan, bukan sahaja dalam industri penerbangan, tetapi juga di seluruh negara,” kata Izham dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh MAG hari ini.
Dihasilkan dengan kerjasama Mediabrands Content Studios dan Directors Think Tank, video berkenaan ditayangkan hari ini di platform digital MAG.

Menurut MAG, selama lebih seabad, Malaysia Airlines berkembang seiring dengan negara, memupuk perpaduan melalui rakyat, perkhidmatan, dan komuniti, dan sebagai syarikat induk, MAG kekal komited terhadap keterangkuman, mengiktiraf kepelbagaian sebagai pemacu utama inovasi serta kemajuan.

Pada masa ini, lebih 70 peratus daripada pasukan kepimpinan tertinggi syarikat berkenaan terdiri individu daripada pelbagai latar belakang, mencerminkan komitmen terhadap perspektif dan pengalaman.

“Malaysia berkembang maju apabila kita menerima perbezaan kita sebagai sumber kekuatan. Di MAG, kepelbagaian bukan sekadar prinsip tetapi asas kejayaan kami, memacu inovasi, keterangkuman, dan daya tahan.

“Kemajuan memerlukan kita bergerak melangkaui naratif perkauman untuk membina masa depan yang dibentuk oleh rasa hormat dan kerjasama. Melalui video perayaan ini, kami ingin menunjukkan bahawa rasa hormat melebihi kaum, agama, dan status sosial – ia inti kepada perpaduan dan kemajuan,” menurut kenyataan itu. Video penuh boleh ditonton di https://youtu.be/iNYSloPg7sI. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan