Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lima orang cedera dalam serangan pisau di pusat Amsterdam pada Khamis, lapor agensi berita Jerman (dpa), memetik pihak polis. Foto hiasan Envato

Lima cedera dalam serangan pisau di Amsterdam, suspek ditahan

ByBernama

AMSTERDAM, 28 Mac: Lima orang cedera dalam serangan pisau di pusat Amsterdam pada Khamis, lapor agensi berita Jerman (dpa), memetik pihak polis.

Seorang suspek telah ditahan.

Pihak berkuasa Belanda belum mendedahkan tahap kecederaan mangsa atau kemungkinan motif di sebalik serangan pisau itu.

Perkhidmatan kecemasan bertindak pantas, dengan sebuah helikopter penyelamat mendarat di Dataran Dam, dataran utama di hadapan istana diraja.

Kawasan itu ditutup. Polis melaporkan bahawa serangan itu berlaku di jalan berdekatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan