Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Henry Lau Lee Kong pada Mesyuarat Agung Tahunan STA 2025 di Kuching pada Jumaat. Foto TVS

Klasifikasi meranti dan selangan batu spesies terlindung dikhuatiri jejas kelangsungan industri

KUCHING, 28 Mac: Cadangan Kesatuan Eropah (EU) untuk mengklasifikasikan spesies pohon Meranti dan Selangan Batu yang menjadi penyumbang utama segmen ekonomi kayu kayan di wilayah ini sebagai spesies terlindung mendatangkan kegusaran kepada pemain industri sektor itu.

Pengerusi Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA), Dato Henry Lau Lee Kong berkata, keluaran produk hasil kayu kayan yang dihasilkan menerusi kedua-dua spesies Meranti dan Selangan Batu amat penting untuk memastikan kitaran ekosistem ekonomi berasaskan kayu tidak terhenti.

“Sekiranya langkah penyenaraian spesies ini dimuktamadkan di dalam senarai CITES, ia mungkin akan menjejaskan ekonomi Malaysia, terutama sekiranya terdapat kekangan akses kepada pasaran tempatan dan antarabangsa.

“Ini juga akan menjejaskan sosioekonomi para pekerja juga kelangsungan industri ini,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 2025 Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) di sini, hari ini.

Henry menambah, penyenaraian ini akan turut memberi impak yang akan mengugat segmen ekonomi industri kayu kayan bukan hanya di Sarawak, malah Malaysia jika langkah EC untuk menyenaraikan spesies pohon yang menjadi tunjang ekonomi sektor balak disenaraikan dalam kriteria ketat Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Flora dan Fauna Terancam (CITES).

Namun beliau yakin, langkah kerajaan Sarawak mewujudkan Kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPAs) akan menjadi contoh terbaik seandainya isu ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut di peringkat global yakni inisiatif kerajaan Sarawak dalam pengurusan biodiversiti dengan bijak, akan memastikan segmen industri kayu kayan akan kekal relevan dan terus berdaya saing di peringkat tempatan mahupun global. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan