Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kabinet Sarawak telah meluluskan kertas cadangan bagi pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES). Foto fail TVS

Kabinet Sarawak luluskan Skim Pendidikan Tinggi Percuma 2026

KUCHING, 28 Mac: Kabinet Sarawak telah meluluskan kertas cadangan bagi pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES).

Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan bahawa kelulusan tersebut dicapai semasa mesyuarat Kabinet negeri pada 20 Mac lepas.

Pelaksanaan FTES Sarawak ini akan bermula pada 2026 dan terbuka kepada rakyat Sarawak.

“Institusi yang terlibat adalah institusi pengajian tinggi milik Sarawak, iaitu Swinburne University of Technology Sarawak, Curtin University of Malaysia, University Technology of Sarawak dan i-CATS University College.

“Program yang diluluskan di bawah FTES merangkumi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), Undang-Undang, Perubatan, Perakaunan dan Kewangan,” menurut kenyataan itu.

Menurut kementerian itu, FTES terpakai untuk pendaftaran baharu dan semua pendaftaran sedia ada mulai 2026.

“Skim ini meliputi yuran pengajian percuma. Selain itu, elaun sebanyak RM15,000 setahun turut disediakan untuk pelajar daripada isi rumah dengan pendapatan per kapita RM1,500 sebulan atau kurang,” menurut kenyataan tersebut.

Pada 12 Mac, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Negeri Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn dilaporkan berkata butiran lanjut mengenai inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak akan diumumkan pada November.

Beliau berkata butiran itu akan merangkumi senarai kursus dan prosedur permohonan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan