Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah) berkata kejohanan ini merupakan salah satu laluan penting bagi pemain muda yang berhasrat untuk mencipta nama di pentas tenis antarabangsa. Foto Muqri Aziz (TVS)

ITF World Junior Tennis: 18 negara berentap di Kuching hujung bulan ini

ByMuqri Aziz

KUCHING, 28 Mac: Pusingan Akhir Kelayakan Asia – Oceania 2025 menyaksikan sebanyak 18 negara bakal berentap bagi merebut tempat ke Peringkat Akhir ITF World Junior Tennis bagi kategori bawah 14 tahun (Lelaki & Perempuan) yang akan berlangsung di Kuching hujung bulan ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata kejohanan itu merupakan salah satu laluan penting bagi pemain muda yang berhasrat untuk mencipta nama di pentas tenis antarabangsa.

Menurutnya, kejohanan yang akan diadakan di Pusat Persatuan Tenis Lawn Sarawak, Jalan Crookshank, dari 31 Mac hingga 15 April ini bakal menyaksikan persaingan sengit antara negara peserta.

“Dengan penyertaan 18 negara, termasuk kuasa besar tenis seperti Australia, China, Chinese Taipei, Hong Kong, India, Iran, Jepun, Kazakhstan, Korea, Malaysia, Nepal, New Zealand, Pakistan, Singapura, Sri Lanka, Thailand, Uzbekistan dan Indonesia, kejohanan ini sudah pasti akan menjadi pentas untuk mempamerkan kemahiran, ketekunan dan semangat kesukanan.

“Gelangan kami telah menyaksikan perlawanan yang luar biasa dan kami tidak sabar untuk melihat generasi baharu juara tenis muncul dari pentas ini,” menurutnya dalam sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.

Turut hadir, Presiden Persatuan Tenis Lawn Sarawak (SLTA), Dato Patrick C.J Liew, Setiausaha Tetap Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Morshidi Frederick, serta Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Khairul Nizam Morshidi.

Tambah Abdul Karim, penganjuran acara sebesar ini mencerminkan komitmen Sarawak dalam memajukan pembangunan sukan belia serta meletakkan wilayah ini sebagai destinasi pelancongan sukan terkemuka di rantau ini.

Empat negara terbaik dari pusingan ini akan mara ke Peringkat Akhir ITF World Junior Tennis yang dijadualkan berlangsung di Tenisovy Klub Prostejov, Czechia, dari 4 hingga 9 Ogos depan.

Untuk rekod, edisi 2025 kejohanan ini dimulakan dengan prapelawanan kelayakan di rantau Asia/Oceania dengan Bahrain sebagai tuan rumah.

Kejohanan tersebut telah menyaksikan penyertaan 18 negara dalam kategori perempuan dan 21 negara dalam kategori lelaki, yang telah bersaing untuk merebut 16 slot bagi setiap kategori ke Pusingan Akhir Kelayakan di Kuching, yang bertindak sebagai tuan rumah bagi pusingan tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan