Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) hari ini mengumumkan pindaan kepada caj perkhidmatan bergerak melibatkan perkhidmatan trak bergerak (MTS) dan van bergerak (MVS) bermula 1 April ini

Caj trak bergerak RM3,300 mulai 1 April

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) hari ini mengumumkan pindaan kepada caj perkhidmatan bergerak melibatkan perkhidmatan trak bergerak (MTS) dan van bergerak (MVS) bermula 1 April ini.

Caj baharu untuk MTS ditetapkan pada RM3,300 berbanding kadar semasa RM3,000 manakala caj bagi MVS dinaikkan kepada RM120 daripada RM100.

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom Mahmood Razak Bahman berkata, pindaan itu dilakukan selepas mengambil kira keperluan untuk menyelaraskan caj perkhidmatan dengan struktur kos terkini.

“Pindaan kadar caj ini dibuat selepas kajian menyeluruh bagi memastikan kelestarian perkhidmatan bergerak Puspakom dapat diteruskan demi manfaat pelanggan.

“Pelanggan yang membawa kenderaan mereka ke cawangan Puspakom tidak akan terkesan dengan perubahan ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mahmood turut memaklumkan bahawa fi pemeriksaan kenderaan kekal tidak berubah, walaupun perubahan ini dilaksanakan bagi menyesuaikan kos operasi perkhidmatan bergerak Puspakom.

Beliau menjelaskan bahawa kali terakhir semakan harga caj perkhidmatan dilakukan adalah pada 2007, meskipun Indeks Harga Pengguna (CPI) menunjukkan peningkatan setiap tahun.

MTS menyediakan perkhidmatan pemeriksaan untuk syarikat yang memiliki jumlah kenderaan besar seperti operator kenderaan perdagangan, syarikat penghantaran barang, sekolah memandu, dan pengedar kenderaan.

MVS pula menawarkan perkhidmatan pemeriksaan bagi kenderaan persendirian, termasuk untuk urusan tukar hak milik, cukai jalan tamat tempoh, dan pendaftaran kenderaan import.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan