Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah lori bomba melalui kebakaran hutan di Cheongsong. Foto AFP

Bintang K-Pop bersatu sokong mangsa kebakaran hutan

SEOUL, 28 Mac: Artis K-Pop tampil memberikan sokongan kepada usaha bantuan kebakaran hutan ketika Korea Selatan berdepan bencana kebakaran hutan terburuk dalam tempoh beberapa tahun yang telah meragut puluhan nyawa, lapor agensi berita Yonhap.

Jungkook daripada kumpulan BTS telah menderma 1 bilion won (US$681,500) kepada Persatuan Bantuan Bencana Korea bagi membantu mangsa yang kehilangan tempat tinggal serta menyokong pasukan bomba yang bertugas dalam keadaan mencabar.

“Saya berharap sumbangan ini dapat sedikit sebanyak membantu mereka yang keletihan dan sedang melalui saat sukar,” katanya.

Ketua kumpulan BIGBANG, G-Dragon yang turut menyumbang 300 juta won menzahirkan harapan agar “bantuan terus diberikan kepada mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat bencana yang tidak diduga,” menurut agensinya, Galaxy Corp.

Mereka menyertai senarai bintang K-Pop yang semakin ramai tampil menghulurkan bantuan, termasuk ahli BTS RM, J-Hope dan Suga, Jennie daripada BLACKPINK, kumpulan lelaki Riize dan Monsta X, Karina daripada aespa, penyanyi rap Jay Park dan Lee Young Ji, Mark dan Doyoung daripada NCT, Taeyeon daripada Girls’ Generation serta kumpulan wanita Ive, antara lain.

Terdahulu, kumpulan Seventeen menderma 1 bilion won, sambil menyampaikan ucapan takziah dan sokongan kepada mereka yang terjejas.

Kebakaran hutan yang dahsyat itu, didorong oleh angin kencang dan keadaan kering, berlaku pada Jumaat lalu.

Setakat ini, 28 orang maut, 37 cedera dan kira-kira 38,000 telah dipindahkan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan