Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei. Foto Bernama

BAM pisahkan pasangan beregu campuran Tang Jie-Ee Wei

ByBernama

KUALA LUMPUR, 28 Mac:  Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan bahawa gandingan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, akan dipisahkan bagi kejohanan akan datang.

Menurut kenyataan di laman Facebook BAM, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa prestasi baru-baru ini berdasarkan cadangan daripada panel kejurulatihan, termasuk Pengarah Kejurulatihan Beregu Rexy Mainaky dan Ketua Jurulatih Beregu Campuran Nova Widianto.

“Kami telah bersetuju memberi masa kepada jurulatih untuk mencuba kombinasi baharu yang berpotensi,” kata kenyataan itu.

Isnin lepas Nova mendedahkan bahawa Tang Jie dan Ee Wei digantung sementara daripada menyertai mana-mana kejohanan, susulan ketegangan dalam hubungan mereka ketika ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat bagi memberi ruang kepada pasangan beregu campuran ranking keempat dunia itu, menyelesaikan isu antara mereka.

Ketegangan dalam hubungan mereka dikatakan bermula sejak temasya Sukan Olimpik Paris 2024, di mana mereka tersingkir di peringkat suku akhir selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan Kim Won Ho-Jeong Na Eun, 19-21, 14-21.

Baru-baru ini, Ee Wei memadamkan semua gambar bersama Tang Jie di akaun Instagramnya, susulan kekalahan mereka di pusingan pertama All England 2025.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan