Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kebakaran hutan besar di bahagian tenggara Uiseong, Korea Selatan, yang telah merebak selama lapan hari, kini berjaya dikawal 95 peratus, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, ketika usaha giat masih diteruskan bagi memadamkan api sepenuhnya. Foto AFP

95 peratus kebakaran hutan di Korea Selatan terkawal, angka korban cecah 28 orang

ByBernama

SEOUL, 28 Mac: Kebakaran hutan besar di bahagian tenggara Uiseong, Korea Selatan, yang telah merebak selama lapan hari, kini berjaya dikawal 95 peratus, menurut pihak berkuasa pada Jumaat, ketika usaha giat masih diteruskan bagi memadamkan api sepenuhnya.

Menurut Agensi Berita Yonhap, kira-kira 40 helikopter pemadam kebakaran dan hampir 2,100 anggota akan dikerahkan pada Jumaat bagi mengekang sepenuhnya kebakaran hutan di Uiseong dan kawasan lain di Wilayah Gyeongsang Utara, menurut Perkhidmatan Perhutanan Korea.

Sejak Jumaat lepas, gelombang kebakaran hutan telah memusnahkan kawasan di tenggara negara itu, mengorbankan sekurang-kurangnya 28 orang dalam bencana kebakaran hutan terburuk dalam sejarah Korea Selatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan