Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama tetamu kenamaan yang lain pada majlis prapelancaran Jambatan Batang Rajang di Sarikei, hari ini.

Tujuh jambatan baharu akan dibuka menjelang akhir 2025

KUCHING, 27 Mac: Sebanyak tujuh projek jambatan di Sarawak dijangka siap dan dibuka untuk kegunaan orang ramai menjelang akhir tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau berkata jambatan terbabit ialah Batang Lupar 1, Batang Saribas 1, Batang Limbang, Batang Lingga, Batang Igan, Batang Sebauh dan Sejingkat.

“Setakat tahun ini, kita telah membuka empat jambatan termasuk Jambatan Bintulu-Jepak yang ikonik baru-baru ini, Jambatan Muara Lassa, Jambatan Marudi dan hari ini, Jambatan Batang Rajang,” menurutnya dalam kenyataan, hari ini.

Hari ini, Uggah menghadiri majlis prapelancaran Jambatan Batang Rajang sepanjang 1.4 kilometer di Sarikei.

Projek itu, yang menelan kos sebanyak RM321 juta, turut membabitkan pembinaan Jalan Long Pasi/Tanjung Manis/Sibu sepanjang 17 kilometer.

Jambatan dan jalan itu akan mengurangkan tempoh perjalanan dari Tanjung Manis ke Sibu kepada kira-kira sejam berbanding dua jam 30 minit menggunakan jalan lama.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan