Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anwar hadir pada Majlis Pelancaran Kempen Turun Harga dan Peletakan Logo Malaysia Madani di Mydin, USJ Subang, di sini, hari ini. Foto, Afiq Johari (TVS).

Tiada kekurangan, kenaikan harga barang menjelang Aidilfitri – PM Anwar

ByHafeezzur Muzamir

SUBANG, 27 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa puas hati susulan negara tidak berdepan dengan masalah kekurangan barangan keperluan atau kenaikan harga barangan kawalan yang ketara menjelang Aidilfitri.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kejayaan isu disifatkan hasil kerjasama kukuh antara kementerian dan peruncit.

“Saya berada dalam kerajaan dan jadi menteri sejak tahun 1980-an. Tahun 1990-an, saya pengerusikan Jawatankuasa Kabinet Kawalan Harga pada hari perayaan.

“Tahun ini, saya ucap terima kasih kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Kementerian Pertanian dan syarikat-syarikat seperti Mydin kerana ini kali pertama dalam sejarah menjelang hari perayaan, harga itu (barang) terkawal.

“Tiada kekurangan barang dan harga barang itu turun seperti telur dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Turun Harga dan Peletakan Logo Malaysia Madani di Mydin, USJ Subang, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan