Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak menjadi antara lokasi penganjuran Sambutan Aidilfitri MADANI tahun ini. Foto arkib TVS (Faitullah Morni).

Sarawak antara lokasi Sambutan Aidilfitri MADANI tahun ini

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 27 Mac: Sarawak menjadi satu daripada lapan lokasi penganjuran Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI tahun ini, jelas Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Datuk Seri Anwar dijadual berkunjung ke lapan negeri bermula dengan Melaka yang diangkat sebagai penganjuran peringkat kebangsaan pada 5 April.

Kata beliau, majlis kemudian diteruskan di Selangor pada 6 April, diikuti Pahang pada 11 April, Kelantan dan Pulau Pinang pada 12 April (Sabtu) dan Sarawak pada 19 April.

“(Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI juga akan dianjurkan di) Perak pada 25 April dan Perlis pada 27 April.

“Perincian lanjut terkait lokasi akan dimaklumkan oleh Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Jabatan Perdana Menteri, selaku sekretariat induk Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia, hari ini.

Tambah Tunku Nashrul, Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI akan dianjurkan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sebagai tuan rumah.

“Insya-Allah, Perdana Menteri akan hadir bersama dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri-negeri berkenaan.

“Justeru Perdana Menteri menjemput semua rakyat pelbagai kaum, agama dan budaya untuk bersama-sama hadir dan menyemarakkan nilai murni, kasih sayang, hormat-menghormati dan muhibah yang menjadi tunjang kekuatan Malaysia sejak sekian lama,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan