MUKAH, 27 Mac: Pekerja pendawaian elektrik syarikat swasta yang dikhuatiri lemas di Batang Igan di Kampung Bungan Kecil, Dalat masih belum ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua, pada Khamis.
Komander Operasi, Stephen Plen berkata, operasi SAR dimulakan pagi tadi menggunakan bot penyelamat dan membuat pencarian dengan teknik pencarian dipermukan air ke hilir dari jarak radius lima kilometer dari lokasi kejadian.
“Pencarian disambung semula pada jam 2 petang selepas rehat tengah hari dalam radius tujuh kilometer ke hilir sungai.
“Operasi SAR ditangguhkan pada jam 4.30 petang akan disambung semula pada keesokan hari. Setakat ini, mangsa masih belum dijumpai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pihak bomba menerima panggilan daripada orang awam berhubung kes itu pada jam 2.30 petang semalam dengan menggerakkan dua anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah ke lokasi kejadian.
Mangsa, Saffuan Zaffarin,30, dikhuatiri lemas akibat tercampak dari bot di Bungan Kecil, Batang Igan, Mukah sekitar jam 2 orang.e
Bot mangsa melanggar sebatang kayu yang hanyut di sungai, dan mangsa dipercayai tercampak keluar dari bot.-TVS