Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan ketika menghadiri taklimat bersama kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak sempena lawatan kerja ke tapak pembinaan Projek Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Tambahan Pelbagai Kelas di Kem Muara Tuang, hari ini. Foto Bernama

Projek RKAT Kem Muara Tuang mungkin siap hujung tahun ini – Ahmad Maslan

KOTA SAMARAHAN, 27 Mac: Projek pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) pelbagai kelas di Kem Muara Tuang di sini dijangka siap lebih awal pada hujung tahun ini berbanding sasaran pada Februari 2026.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata projek di kawasan seluas 11.4 hektar dengan kos kontrak bernilai RM116 juta itu, mencapai kemajuan 50.05 peratus siap setakat 25 Mac lepas.

“Sasaran tarikh siap ialah Februari 2026 tetapi mungkin lebih awal, kemungkinan hujung tahun ini boleh siap,” katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan projek tersebut hari ini.

Projek kuarters kediaman tersebut merangkumi pembinaan 190 unit RKAT pelbagai kelas serta kemudahan asas lain antaranya surau dan taska.

Jabatan Kerja Raya telah dilantik sebagai agensi pelaksana bagi menyiapkan projek pembinaan ini yang dilaksanakan secara reka dan bina.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan