KUCHING, 27 Mac: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri selama dua hari.
Kenyataan Pejabat Premier Sarawak memaklumkan rumah terbuka ini diadakan pada Hari Raya Aidilfitri pertama dan kedua di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK).
Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis itu bermula pukul 10 pagi hingga 3 petang pada hari pertama manakala 10 pagi hingga 2 petang pada hari kedua.
Para tetamu dikehendaki untuk berpakaian kemas dan sopan dan mematuhi arahan para penyambut tetamu atau ahli keselamatan yang bertugas bagi memastikan kelancaran majlis.