Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki maut selepas lori dipandu membawa muatan batu terlibat kemalangan kendiri di Kuari Engkilili. Foto JBPM

Pemandu lori bawa muatan batu maut

SRI AMAN, 27 Mac: Seorang lelaki maut selepas lori dipandu membawa muatan batu terlibat kemalangan kendiri di kuari Engkilili di sini, petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 6.52 petang dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati berlaku kemalangan kendiri melibatkan sebuah lori membawa muatan batu dipandu mangsa yang berusia 52 tahun.

“Mangsa tersepit di dalam lori dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tindakan operasi dilakukan dengan bantuan jengkaut untuk mengalihkan lori batu tersebut dan mangsa dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa disahkan meninggal di lokasi oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan