Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Sri Roland Sagah Wee Inn ketika mewakili Timbalan Premeir Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Apreasiasi Gawai 2024 dan Majlis Pelancaran Coffee Table Book di sebuah hotel di sini, hari ini. Foto Ezzany (TVS)

Coffee Table Gawai Dayak 2024: Dokumentasi perjalanan sejarah, warisan budaya

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 28 Mac : Gawai Dayak Coffee Table Book 2024 dilancarkan secara rasmi sebagai usaha mendokumentasikan warisan budaya serta perjalanan sejarah perayaan Gawai Dayak untuk tatapan generasi akan datang.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata pelancaran buku ini adalah satu pencapaian penting dalam memastikan semangat Gawai terus dihayati dan diwarisi.

“Buku ini lebih daripada sekadar koleksi gambar. Ia merupakan penghormatan kepada tradisi kita, dokumentasi perjalanan budaya serta satu legasi untuk masa depan,” katanya dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Sri Roland Sagah Wee Inn, pada Majlis Apreasiasi Gawai 2024 dan Majlis Pelancaran Coffee Table Book di sebuah hotel di sini, pada Khamis.

Ujarnya lagi, Gawai bukan sekadar perayaan, tetapi juga mencerminkan warisan, perpaduan serta kebanggaan budaya masyarakat Dayak.

“Gawai adalah masa untuk kita bersyukur, memperbaharui semangat dan mengukuhkan hubungan antara satu sama lain.

“Perayaan ini turut menjadi platform bagi mempamerkan keunikan budaya Sarawak kepada dunia,” tambah beliau.

Menurutnya, tahun lalu, sambutan Gawai Dayak telah mencapai kejayaan besar dengan pelbagai aktiviti yang menyatukan masyarakat serta menonjolkan kepelbagaian budaya negeri ini.

“Buku ini akan memastikan bahawa semangat Gawai terus diabadikan dan diraikan, bukan hanya dalam kalangan kita, tetapi juga oleh generasi akan datang.

“Ia akan menjadi rujukan penting bagi mereka yang ingin memahami lebih mendalam tentang budaya dan sejarah Gawai,” tambahnya.

Katanya, beberapa naskhah buku tersebut turut dihantar ke Perpustakaan Negara dan Perpustakaan Negeri Sarawak bagi memastikan ia dapat diakses oleh masyarakat umum dan penyelidik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan