Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di seluruh negara tidak akan beroperasi pada 31 Mac dan 1 April ini bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri. Foto Facebook Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Pejabat LHDN ditutup dua hari sempena Hari Raya Aidilfitri

ByBernama

PUTRAJAYA, 27 Mac: Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di seluruh negara tidak akan beroperasi pada 31 Mac dan 1 April ini bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Semua pejabat LHDN di seluruh negara akan kembali beroperasi seperti biasa pada 2 April.

Dalam kenyataan hari ini, LHDN memaklumkan pembayar cukai digalakkan untuk melaksanakan sebarang urusan percukaian secara dalam talian melalui portal MyTax di https://mytax.hasil.gov.my/ bagi mengelakkan sebarang kesulitan serta memastikan proses transaksi berjalan dengan lebih pantas dan efisien.

“Di kesempatan ini, LHDN ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan yang beragama Islam. Semoga perayaan ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan kesejahteraan kepada semua,” menurut kenyataan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan