Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Memetik laporan UKAS, projek yang kini hampir direalisasikan telah menerima suntikan dana berterusan, termasuk peruntukan terbaharu berjumlah RM200,000 menerusi Program Transformasi Luar Bandar (RTP) oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Huang Tiong Sii. Foto: UKAS

Pagoda tujuh tingkat mercu tanda baharu Sarikei

SARIKEI, 27 Mac: Pembinaan pagoda tujuh tingkat yang sedang giat dijalankan di Sarikei dijangka menjadi mercu tanda baharu dan tarikan pelancongan utama di kawasan ini.

Memetik laporan UKAS, projek yang kini hampir direalisasikan telah menerima suntikan dana berterusan, termasuk peruntukan terbaharu berjumlah RM200,000 menerusi Program Transformasi Luar Bandar (RTP) oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok itu, beliau telah menyalurkan lebih daripada RM1 juta menerusi RTP untuk pembinaan pagoda ini dan secara keseluruhan telah memperuntukkan lebih RM1.8 juta kepada Persatuan Buddha Orthodox Sarikei bagi tujuan pembangunan keagamaan.

“Saya percaya apabila siapnya pembinaan pagoda tujuh tingkat ini, ia bukan sahaja akan menjadi simbol keagamaan tetapi juga berpotensi menarik lebih ramai pelawat ke Sarikei. Ini akan membantu merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi setempat,” katanya ketika meninjau perkembangan projek di tapak pembinaan pada baru-baru ini.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, atas sokongan berterusan dalam menyalurkan peruntukan bagi pembangunan infrastruktur dan sektor pelancongan di Sarikei dan Meradong.

Selain peruntukan RTP, projek ini turut menerima bantuan menerusi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di bawah Jabatan Premier Sarawak, dengan RM150,000 diperuntukkan pada tahun 2021 dan RM300,000 pada tahun 2024.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan