Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kanak-kanak yang menaiki bas ekspres dari Kuching ke Kapit secara solo ditemui selamat selepas dihantar oleh orang awam ke Balai Polis Kapit. Foto IPD Kapit

Kanak-kanak hilang ditemui di Kapit selepas menyelinap naik bas ekspres

KAPIT, 27 Mac: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dilaporkan hilang di Batu 8, Jalan Penrissen, Kuching, ditemui selamat di Kapit selepas dipercayai menaiki bas ekspres secara bersendirian tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Ketua Polis Daerah Kapit, DSP Rohana Nanu berkata, kanak-kanak itu telah dibawa ke Balai Polis Kapit oleh orang awam sekitar jam 3.30 petang semalam.

“Individu tersebut memaklumkan bahawa budak itu ditemui di Hentian Bas Kapit, Jalan Beleteh.

“Hasil siasatan mendapati kanak-kanak tersebut menaiki bas dari Kuching Sentral pada malam 25 Mac sekitar jam 9.30 malam dan tiba di Kapit pada jam 8 pagi keesokan harinya,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Lebih mengejutkan, kanak-kanak terbabit menyelinap masuk dan bersembunyi di celah tempat duduk tanpa disedari oleh pemandu atau penumpang lain sepanjang perjalanan jauh itu.

Setelah kehilangan anaknya tular di media sosial, ibu bapa kanak-kanak tersebut segera bertolak dari Kuching ke Balai Polis Kapit.

Mereka tiba di Balai Polia Kapit pada jam 12.45 tengah malam.

Pihak polis mengesahkan bahawa dia berada dalam keadaan selamat dan tiada unsur jenayah atau penculikan seperti yang didakwa dalam media sosial.

“Kanak-kanak itu mengakui bahawa dia menaiki bas atas kehendaknya sendiri, dipercayai kerana sifatnya yang ingin tahu dan hiperaktif, sekali gus mencetuskan kebimbangan di kalangan ahli keluarga,” jelas Rohana.

Kes ini kini diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA) selepas kanak-kanak itu diserahkan kembali kepada keluarganya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan